My Blog Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

..LeLaKi dan...

LeLaKi... Apa yg diorang nak..

  • Lelaki lebih suka memilih pasangan yang jauh lebih muda dari umur mereka dan jika boleh wanita itu tidak pernah mempunyai teman lelaki dan bergaul dengan lelaki.
  • Lelaki mula tidak suka pada wanita yang bebas pergaulannya, lebih mementingkan anak dari suami, tidak berminat dalam hal seks, terlalu dingin atau agresif, mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi dari lelaki, suka berleter dan terlalu emosional, tidak memberikan perhatian kepada mereka.
  • Lelaki suka memilih wanita yang sentiasa nampak kemas, bersih dan cantik untuk menjadi teman hidup. Wanita yang suka berjenaka dan boleh bergurau, merasa gembira apabila bersama dan menyenangkan, seksi, mementingkan perhubungannya bersama lelaki itu, menyanjung tinggi teman lelakinya, bersikap terbuka dan boleh berbicara mengenai semua perkara, punya sifat keibuan dan lelaki tidak merasa bimbang ketika pergi bekerja, dan menganggap bahawa lelaki itu penting dalam kehidupan di dunia ini.
Haa.. ni lah antara2 maklumat yg aku dapat dr teman chat aku.. xtau la betul ka tak.. sapa2 yg nk bg komen ttg hal ni.. silakan2.. Ta'al22 komen anda amat diperluKaN.. :)

tp sblum tu nk tmbh lg cita ttg lelaki ni.. ni berdasarka penampilan @ warna baju depa.. tgk ni..

1. Putih
Melambangkan kesucian dan dan kesegaran. Ia simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia adalah ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan profesional.

2. Merah
Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan tenaga seksual, juga kemarahan.

3. Jingga (piNk kot.. kan?)
Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

4. Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah lambang kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal dan daya mental. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

5. Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan pencarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia dianggap warn

6. Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu.

7. Unggu
Ini adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

8. Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga meambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

9. Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan punya prospek masa depan. Jika mahu banyak wang ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

10. Warna campurna
Jika lelaki itu memakai warna campuran, maka perhatikanlah warna-warna itu dan buat interpretasi berdasarkan warna-warna asasnya.

wes.. klo korang nk Bf xpun suami korang kaya.. mintak la dia rjin pkai baju coklat konpem Kaye!! hih22
tapi kalo nk suma sifat tu, kasi je hadiah baju warna campuran tu.. forsure suma menjadi..
Benarkah?? Alangkah mudah mendidik kan kalau sifat manusia tu hanya ditentukan dengan warna baju.. (~_^)

No comments: