Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...
Dipetik dari
saiful_ilham. (February, 2009). Beritahu Pada Muslimah. Diperoleh pada April 15, 2009 daripada http://www.iluvislam.com
Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 2023
10 months ago
1 comment:
hmm.. banyaknya kekurangan diri ni... hmm.. apa nk jd nih..
Post a Comment