My Blog Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

..PeRemPuan plak..

Setelah bukak cerita sal lelaki.. ni cerita ttg perempuan @lias wanita..

Perasaan wanita sensitif. Dia juga sedar bahawa dia kaum yang lemah, (lemah dia cakap??hu) menyebabkan dia lebih mudah tersinggung bila lelaki yang dia kasihi tidak berada disebelahnya menyokong dan memberi semangat untuk meninggikan martabat dirinya. Dia akan marah bila lelaki yang diharapkan akan menyokongnya menyalahkan dirinya pula. Itulah bentuk jiwa wanita, yang mendambakan kebijaksanaan lelaki untuk memahami dirinya.

Apa Yang Wanita Harapkan
  • Mahu diiktiraf dan dihormati tapi lelaki selalu buat dirinya terasa tidak diadili dan dibiarkan.
  • Mahu dihormati dan diingati tapi lelaki selalu buat dia rasa dilalaikan dan tidak dipentingkan.
  • Mahu lelaki faham mengapa dia marah dan yakinkan dirinya bahawa dia masih dicintai walaupun dia tidak sempurna tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat.
  • Mahu difahami dan dihormati tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak didengari dan ditekan.
  • Mahu lelaki ambil berat terhadap perasaannya dan hargai keperluannya untuk dapatkan maklumat tapi lelaki buat dia rasa tidak dihormati dan dihargai. Mahu rasa yakin bahawa lelaki mendengar dan ambil berat tapi lelaki buat dia rasa tidak dipedulikan dan diadili pula.
  • Mahu dianggap betul dan difahami tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak disokong, tidak dicintai dan kecewa. Mahu dihormati dan dinilaikan terutama semasa berkongsi perasaannya. Tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat dan dikawal.
Allah kan dah cipta makhluk tu berpasang2an.. yg lelaki mcm ni.. yg perempuan mcm tu pulak.. saling melengkapi kn.. mungkin ni dah ditakdirkan.. Jadi kalo boleh tu terima ja lah apa adanya kan. baik lelaki mahupun perempuan...huhu

pastu ada lagik nih.. ciri2 perempuan idaman lah konon.. mari sama2 check. ada tak suma ni?? Hi2. kalo teringin nk masuk gadis Melayu tu leh la praktis2 spt yg dibawah ni.. klo xnak msuk boleh la wat koleksi2 impian hidup anda..huhu

Ciri Gadis Melayu Menurut Islam

Orang Melayu yang beragama Islam menambah ciri-ciri antaranya taat hormat kepada suami, sabar pada kesusahan, tidak pernah menolak jima', tidak menyakiti atau memarahi suami, rindukan persetubuhan, keturunan yang baik, ada harta, cantik, taat kepada agama, menjaga kehormatan dan harta suami, datang bila suami memanggil, bangun bila suami datang dan pergi dan sebagainya.

tp ni better tuk yg dah kahwen la.. yg lum kahwin jgn disalah tafsiirrrr plak.....

Kerja-kerja menggariskan gadis ideal Melayu telah menjadikan lelaki yang ingin mencari gadis untuk dijadikan isteri pening kepala kerana gadis sebagaimana yang digariskan itu hampir mustahil ditemui. Jika berjumpa gadis yang mempunyai separuh dari ciri-ciri itu pun sudah boleh dianggap amat ideal. Lagi pun kalau menimbang dari rupa paras, maka besar kemungkinan tempang pula dari segi budi pekerti.

Akibat dari susahnya mencari gadis ideal, ramai lelaki Melayu telah mengambil jalan mudah, iaitu tidak begitu memilih gadis yang akan dikahwini. Hanya ciri-ciri penting sahaja yang diutamakan. Jika pada gadis itu terdapat ciri tambahan itu lebih baik. Maka ciri-ciri penting yang menjadi faktor penentu memilih gadis 'ideal' pada masa sekarang ialah cantik, beragama, dari keturunan yang baik, dan sesuai dari segi status, iaitu mengikut saranan Islam. Malah gadis yang beragama dan cantiklah selalunya diutamakan..

Cantik penting.....??? hmm mcm2 la org nak.. nway sbg lelaki atau perempuan sama2 la tingkatkan ciri2 kebaikan dalam diri tu kan..
hmm kalo entry yg lepas td kita tgk ciri2 lelaki kan.. ni kita tgk ciri2 perempuan plak kan.. cantiknya perempuan tu sbenarnya kat mana..???

CIRI TUBUH WANITA YANG BAIK
(tp ni hanya berdasarkan firasat Bangsa Melayu.. mungkin ni lah kriteria yg org Melayu dulu2 nak dan mungkin juga persepsi bagi sesetengah bangsa Melayu kat Malaysia skarang nih..)

Ada wanita yang walaupun mempunyai kelemahan-kelemahan, tapi tergolong kepada wanita yang baik sifatnya dan boleh dijadikan isteri kerana sifat penyabarnya, sopan santun, pemaaf, sihat, subur, rajin, sanggup bersusah payah atau setia.

ni adalah list bg Sifat2 wanita berkenaan:

Kulitnya samada putih kuning atau sawo matang atau hitam manis; kepalanya besar atau sederhana; dahinya luas atau sederhana dan berkerut; matanya jarang berkerdip atau mata seperti kanak-kanak atau mata selalu dikerdipkan; (konpius yg mna satu nih? suma lah ye.. hu)

hidungnya sederhana saiz dan bentuknya; saiz mulutnya kecil atau sederhana; bibirnya merah atau merah keputihan; giginya sederhana saiznya dan tersusun rapat; suaranya nyaring atau merdu; telinganya besar atau sederhana;

mukanya bujur; tapak tangannya lembut; jarinya sederhana atau panjang; betisnya bunting padi atau sederhana, tumitnya besar; langkahnya panjang dan teratur; lidahnya panjang; punggungnya lembut; dagu, bahu, belakang, leher, dada, lengan, perut dan kaki semuanya sederhana bentuk dan saiznya.

tp sbenarnya kalo ciri tubuh wanita yg baik tu ialah sederhanan sumanya.. xkira bentuk mahupun saiz.. ni mnunjukkan ksederhanaan tgkah laku dia.. kalo melebih2 dr biasa mungkin menandakan sifatnya yg juga berlebih2 @ kurang baik la..

suma ni adalah spt yg dikasi tahu oleh petikan ni. siapa penulis? xtahu.. xsempat wat rujukan.. so xletak la citation.. ni pun org yg bagi.. maka kesahihannya juga diragui.. apapun renungkanlah wahai wanita.. Banyak jugak ciri2 yang perlu dibaiki nih....



..LeLaKi dan...

LeLaKi... Apa yg diorang nak..

  • Lelaki lebih suka memilih pasangan yang jauh lebih muda dari umur mereka dan jika boleh wanita itu tidak pernah mempunyai teman lelaki dan bergaul dengan lelaki.
  • Lelaki mula tidak suka pada wanita yang bebas pergaulannya, lebih mementingkan anak dari suami, tidak berminat dalam hal seks, terlalu dingin atau agresif, mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi dari lelaki, suka berleter dan terlalu emosional, tidak memberikan perhatian kepada mereka.
  • Lelaki suka memilih wanita yang sentiasa nampak kemas, bersih dan cantik untuk menjadi teman hidup. Wanita yang suka berjenaka dan boleh bergurau, merasa gembira apabila bersama dan menyenangkan, seksi, mementingkan perhubungannya bersama lelaki itu, menyanjung tinggi teman lelakinya, bersikap terbuka dan boleh berbicara mengenai semua perkara, punya sifat keibuan dan lelaki tidak merasa bimbang ketika pergi bekerja, dan menganggap bahawa lelaki itu penting dalam kehidupan di dunia ini.
Haa.. ni lah antara2 maklumat yg aku dapat dr teman chat aku.. xtau la betul ka tak.. sapa2 yg nk bg komen ttg hal ni.. silakan2.. Ta'al22 komen anda amat diperluKaN.. :)

tp sblum tu nk tmbh lg cita ttg lelaki ni.. ni berdasarka penampilan @ warna baju depa.. tgk ni..

1. Putih
Melambangkan kesucian dan dan kesegaran. Ia simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia adalah ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan profesional.

2. Merah
Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan tenaga seksual, juga kemarahan.

3. Jingga (piNk kot.. kan?)
Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

4. Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah lambang kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal dan daya mental. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

5. Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan pencarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia dianggap warn

6. Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu.

7. Unggu
Ini adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

8. Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga meambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

9. Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan punya prospek masa depan. Jika mahu banyak wang ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

10. Warna campurna
Jika lelaki itu memakai warna campuran, maka perhatikanlah warna-warna itu dan buat interpretasi berdasarkan warna-warna asasnya.

wes.. klo korang nk Bf xpun suami korang kaya.. mintak la dia rjin pkai baju coklat konpem Kaye!! hih22
tapi kalo nk suma sifat tu, kasi je hadiah baju warna campuran tu.. forsure suma menjadi..
Benarkah?? Alangkah mudah mendidik kan kalau sifat manusia tu hanya ditentukan dengan warna baju.. (~_^)

Saturday, March 28, 2009

..Aku dan Dirimu..

Suatu hari aku bkk la page member aku.. pastu tedengar lgu ni... so Sweet... pastu trus jth cinta ngn lagu nih.. adei.. suke2

Lagu yg dimaksudkan ialah "Aku dan Dirimu" yang dinyanyikan oleh Ari Lasso bersama Bunga Cinta Lestari... Sdapnye lagu nii.... lalallalalaa~~

Tibanya saat kita saling bicara,
Tentang perasaan yang kian menyiksa,
Tentang rindu yang membeku,
Tentang cinta yang tak terungkap.

Sudah terlalu lama kita berdiam,
Tenggelam dalam gelisah yang tak teredah,
Memenuhi mimpi-mimpi malam indah,

Duhai cintaku, sayangku lepaskanlah,
Perasaanmu, rindumu seluruh cintamu,
Dan kini hanya ada aku dan dirimu,
Sesaat dikeabadian.

Jika semua itu bisa kita hentikan,
Dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan,
Meleburkan semua batas antara kau dan aku,
kita........

Duhai cintaku, sayangku lepaskanlah,
perasaanmu, rindumu seluruh cintamu,
Dan kini hanya ada aku dan dirimu,
sesaat dikeabadian.

Duhai citaku, sayangku lepaskanlah,
perasaanmu, rindumu seluruh cintamu.

Duhai cintaku (duhai cintaku), sayangku (duhai sayangku) lepaskanlah,
Perasaan mu (perasaanmu), rindumu seluruh cintamu,
Dan kini hanya ada aku dan dirimu,
Sesaat dikeabadian....

adei... come la lgu ni..

Sunday, March 22, 2009

..LiBriaNzz..

LIBRY2......... penting tu kat libry!

Tg Malim, UPSI- KEbanyakan masaku skrg 'kna' p LibRy.. Adei besala.. wat proposal kan.. tp Bukan kebanyakan masa pun sbnaqnya, tp byk kali la p libry sem ni bebanding sem2 lepas.. Org kta klo jalan pejam mata lam LIbry tu pun konpem tak sesat dh la.. hehe klo Sem231 sBelumnya tu.. mungkin la sesat, tesalah langgaq mna2 pakwe nsem ka.. Hah2 ada hati gk tu nk lggaq.. kui33..
Snarnya atas pemintaan sahaBat saya ni, kna la sy letak gmbq masa kat librY nih jgk2.. sbenaqnya xmau ltak tp dah dia paksa2 kan.. nk jga hati letak p la... wiwiiwiwiwiwi ..

Monday, March 16, 2009

..MenDerMa kaN baguSS..

today is the 1st tym in my life i'd donate my BLOOd.. uwAAa very astonishiing.. hihi.. very proUd of my Self.. Y? bcouse im the AB-ianz donater.. uhumm... 1st tym xperience tentu la byk yg nk dikongsi.. sapa2 yg xnah doNate tu klo nk doNate wat la preparation lu. Kna la ikut kriteria yg ditetapkan..
Bukan nk menakUtkan cuma nak apa yg kita buat tu xjdik sia2 kan.. hi. mksudnya mgkin ada kompilasi oopS! KomPliKasi laa atau mgkin jgk drh yg kita derma tu xberguna sbb xmnepati ciri2 yg dikehendaki disebabkan kita melanggar peraturan dia.. setiAP peraturan tu kan Ada faedah n seBabnya..
Dah2 isi borang tu kan, p la nk derma drh.. sebenarnya tym nk kna cucuk ngn misi tu tkut jgk. tkut sakit, sbb jarum dia BeSaUUU.. ihih.. Jgn takut xdak pa2 pun.. besa ja. Ingt lama nk pnuhkan beg darah tu, upanya kejap ja, adala lam 10 ke 15 mnt cmtu.. elok2 darah habes diambil.. dh dicabut jarumnya.... di lap2kan darahnya..... ditampal kapas...... selang beberapa minit........ pandangan ku kabur.... OOOwHH tidaKK!! makin cemas aku.. makin kabur dong.. Adeii cemana ni.. oowh tidak.. tlinga aku pun sayuP2 ja dengar bunyi sekeliling.. Ahh parah! terimbau2 lg pasaan msa ak nk pengsan dlu.. tkut2.. tiba nmpk misi dia tnya "pening??" ak pun jwb ngn pantas sambil mengangguk, "Ya2!" trus dia condongkan katil tu supaya darah dlm badan ke otak.. pastu ak cuba bernafas sepantas mgkin spy darah dpt sampai ke otak n semua bhg dgn cepat.. Teori ak ja tu.. hihi tp Okayla bekersan jgk.. fuh! risau ak jd camtu.. tp at last okay.. no proBs.. asalnya mmg risau gk tkut pening awal2 tu. pas cabut jarum tu ingt dh okay xde pa2 hal.. tgk2 pening jgk.. hhuhu. nervous mgkin.. tp mgkin jgk sbb ak xckup tidur.. kna ckup tdur tau nk derma darah. lbih 5 jam..
Papun aku dh berjaya lalui tu dan menghadapi perasaan takut n risau tu dengan hati yang KUat.. hhihi mcm mencabarla sgt.. nway ANDA BILA LAGI?? ...(^_~)...

Saturday, March 14, 2009

..PreCiousThings..



TeddyBear..?? tentu semua dh mmg familiar sgt kan esp gurlzsss.. nway tanggal 13th of March 2009 i'd owned a teddybear... hih very d luVly bear.. (for Me). hmm.. stelaH berapa lma bru la leh punyai teddy bear nih.. heee bangga pulak... tp bkn org bg pown.. beli snirik jerr... hi. slalu org bg kan tp xpe i buy it my seLf. Nk tggu org Beli.. Hampeh.. hbuk tarak. haha.. Dh nmpk la jgk aku ni ciri2 suka kan benda2 org bagi.. hu..Ooo0pss. mgkinla.. tp kan klo diberi org tu lg bes kan berbanding kita beli snirik.. tambh2 bear.. hii. tp xsalah beli tuk kepuasan sendirik. So i Dunn need soMe more Bear oKay... no moRe!!..

14th of MarcH 2009 was the date that my precious hand phone turned 4 years old.. waahh! really don't reallize.. humm byk btul knangn yg hp ni tlah bg kpd aku.. tanpa 'dia' xberlaku la hidup ak yg happeNing cam sekarang ni.. xdpt la ak cek result msa mtrix dlu, xdapat la ak knal ngn macam2 jnis org kat dunia ni.. Actually tu pun kehendak TuhaN jgk kan sbenarnya.. sbenarnya sjak 2005 lg i'd owned this phone.. so ProuD to keep that long. hihi.. tu mrupakan hadiah kedua terbesar dr mak and bapak aku.. Yg lebihnya mak la.. dia yg nk beli tu.. hii. should keep it rite.. ??Of CouRse la..!! sape la yg nk bg ,slen depa kan.. SAYANGGGdePA!!!!.. semoga Allah memberkati hidup depa sampai bila2.. Amiiin.. tanpa depa jgk xdak lah ak.. AlhamduLillah ak dikurniakan ibubapa yg dapat memberikan ak kebahagian, ilmu, adab, nasihat & mcm2 lg lah. sampai lah ak jd cam sekarang.. tp byk yg buruk tu mesti la dr aku sendiri. yg xtau nk menghargai diri.. huh! camni la kan manusia.. MUdah Lupa diri... Astaghfirullah hal 'azim.. Jauh kan lah aku dr sebarang kesulitan dan kejahilan ya ALLAH... kna usaha la kan utk itu.. Yeahhh.

Thursday, March 12, 2009

..LukaSeriBuRindu..

hmm.. tiba terfikir nk abadikan lagu ni dlm blog.. ini adalah supaya sy x lupa.. hihi.. lagu ni dinyanyikan oleh.. mm.. kump yang pernah poPular satu msa dulu iaitu.. aargh.. alah yg kononya RocK zaman2 dulu tuh... apa ya.. lupa jgk sy.. Haiii.. Huk2 Ha!! FotograF. HUh! susah btul nk ingt.. mesti suma tahu kan.. xsuma pun pernah la dgr tjuk lgu atau nma kump ni kan.. asalnya xpenah pun nk dgr lgu2 camni.. sbb msa tu kechik lg.. msa kechik2 dulu xterdedah ngn lagu camni..hi Asik maen masak2 aja.. xpun dokte2 xpun pejabat2.. hu memalUkan. xpalah itu zaman kanak2 x.. Lain cita dh sekarang.
eh, berbalik kepada point utama.. lgu ni cuma mengisahkan seseorang yang ditinggalkan kekasih lah kiranya.. cinta xkesampaian.. hmm sy pun kurang arif dgn maksud lagu nih sbenarnya.. nk jgk tahu.. apa maksud tersirat dan tersurat.. tp itu aja yg sy tahu.. lbeh2 ni mgkn sesiapa boleh bg komen.. kalo tgk lirik ni, pandai jgk si SIS0 ni wat lirik kan.. tau ja nk reka cita cinta camna.. mcm2 pesen kalo tgk lirik lgu2 cinta ni kan.. nway ni lah liriknya..

>[Lirik Luka Seribu Rindu by Fotograf]<

Api yang menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah yang setangkai
Layu dan berguguran
Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempat ku rasa manisnya
Pahit berganti
Terpaksa ku telan jua…

Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik menjadi derita
Cinta tak sudahan
Mesranya diri mu disamping sidia
Menambah luka dia hati ku
Senyuman mu disamping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di jiwa ku
Hati ku sakit tak tertahan lagi

Kasih sudahnya begini
Kisah cinta yang sejati
Ke manakah hala
Yang akan ku bawa
Pahit luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setia ku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi….

( Lagu : Fauzi Marzuki - Lirik : Siso )

Wednesday, March 11, 2009

Berita Gempar!!

ehemmm.. 10 MarcH 2009, Perak- Satu blog telah berjaya dihasilkan oleh saya sendiri.. hah2 akhirnya dapat jgk join d groups yg xtive blogs ni.. xde tujuan sgt pun sbenarnya.. saja suke2.. tp nk jgk la kalo bole korang kasi komen ttg apa2 aja yg nk dirise up...