My Blog Ticker

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label .:ThiNk:.. Show all posts
Showing posts with label .:ThiNk:.. Show all posts

Friday, July 1, 2011

..TomatomaToMan..

.
Ehemm.. fuhhh33... setelah beberapa lama menyepi malam ni akhirnya aku terpanggil jua untuk menulis entry.. sebenaqnya dlm tempoh itu, tgh memikir2 tjuk apa yg nak tuleh.. tu yg jadi lama tak bukak belog tulis entry 2.. (orang tak tanye ponnn.. tak payah la gitau.. wueek) sbb xtau dah nak tuleh tangpa.. he (bek xyah ada blog. tp alang2 dah ada kan takkan nak deactivate plak) Tapi malangnya malam ni tiba2 datang mood sedih plak.. tepikir nasib binatang teraniaya dsebabkan perlakuan orang xberhati perut.. sangat la sedih + kesian.. hmm semoga tuan yang bela kau tu dapat menggembirakan hati kau ok? walaupun kau dah tak sempurna... :'| tak sangka aku sesimpati ini terhadap binatang itu. mungkin dah slalu tgk, main n ikuti perkembangan dia kot.. hu

Haiioo, so apa ketan tajuk entry ngan cita aku kali ni??? eh adaa... asai nak cita menda len tapi tercerita menda len plak.. hee.

Takde dlu2 aku penah la suka tengok cita katun tomatomatomatomato man ni.. tp aku pun dah sikit2 lupa cita dia cana.. tapi xpalah aku rsa ada ja yang penah tgk cita katun ni kan. Xmaula cita panjang2. Ekceli aku nak cita sal tomato je.. 2 3 minggu lepas aku dok buang tabiat apa tah makan sandwich tomato(mentah la kan) + mayo. kdg2 + cheese. almost tetiap arilah. aku dala hantu mayonnaise.. memang tak hengat la kan makan menda tu. sdapp kot makan ngn roti.. pas memakan tomato ni dah jadi rutin harian aku, aku rsa elok pulak kulit aku eyhh.. muka aku pun elok pelik ja asaa.. mcm bekurang sikit simptom2 jrawat tak diundang tu. aku xdak la niat apa pon mbik tomato tu.. Just nak ubah cara makan ja.. aleh2 ok pulak kulit aku.. Then aku pun tepikir la.. ada apa eyh kat tomato ni yang boleh bwk kesan sampai jd camtu, kagum2. Memang sbelum ni orang dok cakap tomato tu bg elok kulit kan, tp aku ni kalo xjadi depan mata susah la sikit nak pecaya..

Pastu nak jadi cerita minggu lepas ada cekgu kat skolah aku tunjuk la supplement utk kulit yang dia makan.. kulit dia mmg cantik laa.. aku pun mbik n belek2 botol dia, upa2nya memang supplement tu main ingredient dia memang tomato.. kira pil berasaskan tomato la.. bukan prune, bukan collagen, bukan vitamin B ka C ka E ka.. yang slalu orang kaitkan ngan kulit la kan.. kira betambah2 pecaya la aku bahawa tomato tu memang bagi kesan untuk kulit..


untuk lebih yakin lagi saya sertakan carian dr google dr beberapa laman sesawang~

1. tomato ni ada likopena tau tak? sejenis carotenoid (kasi itu tomato kale merah)
2. baek sbg antioksidan (melawan radikal bebas)
3. antioksidan ni utk?
*Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah

haaii mana kebaikan utk kulit yg aku carik2 tu.. adakah bila drh lancar kulit jd elok? bila anti bac kulit jadi elok??

wait2 ada ne

4. tomato ni upanya ada vit A, D dan E, so sbb tu la.. lg satu..
5. diet tomato tinggi dapat rawat kulit rosak akibat sinar uv tau! pastu lambatkan penuaan (hasil kajian Universiti Newcastle dan Universiti Manchester)

ada lagi laa

6. ada fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
6. kurangkan risiko jantung sbb likopena boleh kurangkan kolesterol tau x? hmm bguss

lagi2

7. berdasarkan beberapa kajian sejak taun 98 lagi, tomato leh kurangkan risiko kanser prostat
sekarang kan kat tv dok iklan sal kanser prostat so elok sgt lah post nih tuk lucky2

cadangan pemakanan : ambik 10 bijik tomato seminggu (bleh kurang risiko dserang sbyk 35%, ok wat)

aku makan lbih kurang 3 bjik ja smggu ok kot.. (aku mkn bkn sbb kanser prostat la kan kanser laenn hhuhu)

and last but not least

8. likopena ni diserap ngan lebih efisien dlm bentuk jus, (juss?? eww), pes @ sos. so nak lebih cepat kesannya makan la jus tomato byk2, xpun wat bubur pes tomato byk2.. ewww

AMARAN!!!

klo nak ikut diet tomato ni kena la makan yang fresh tau! mentah! bukan yang dimasak. Bru la dapat suma vit A, D dan E dia tu.. ok??

untuk maklumat lanjut dan terperinci anda bolehlah layari Kosmo online! ni

.. ok then ..

chow cin caaauu..... tu je yang nak kongC ngan korang... macam terbebel plak aku nih.. hee (maaf sbb dah lumrah nye)

Link
~ini tomato mannnn~

(punyala panjang entry aku nih.. lama amat nak bg siap satu entry ni ja punn... haduuii... tu pun aku wat cincai2 ja. kalo wat btui2 mau 2 3 ari gak aku xtidooq.. xpalah belog punya pasai bekorban jelaah.. aduh)

Sunday, February 20, 2011

..Toksik&Toksin..



Hye!! cantik tak saye...???

Apa kaitan pix ni ngan post aku arini ah?? Takde, sebenarnya bila aku tengok muke makcikni alahai cantiknye kulit die. Pastu bila tengok muka aku. aduhh. Jauh bebeno bezanya. Memang la dia orang putih kau orang hitam. Forsure la banyak beza. he. eh merepek lak. Takde, cuma napala muka aku ni asik nak naek jerawat ja 2 3 menjak ni... isk xtahan la... ni mest ada something ni kan.. lepas pk punya pk aku rasa lah kan. mesti sebab kandungan toksin dalam badan ni dah sangat banyak kan.. Apa taknya dah lama sangat tak buat aktiviti beriadahh.. Sisa2 toksik ni pun dah xtau nak p mana. so dia kluaq la ikut muka... humm..

Toksin2 ni asalnya dari makanan kitalah. Sisa2 makanan yang tak tercerna dan tak terkeluar dari badan kita yang akan berkumpul dalam sumua bahagian badan seperti salur darah, usus, kulit dan sebagainya. Hal ini sangatlah bahaya kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Mcm2 lah penyakitya (darah tinggi, kencing manis, dan paling takut kanser. kanser pun ada banyak jenih kn)Bahaya..

Banyak faktor penyumbang kepada toksin dalam badan ni. Antaranya amalan pemakanan yg tak sehat. Makan fastfood cam megi tu,
bahaya, slalu sangat makan jajan (byk pewarna dan perasa tiruan), jeruk3 yg juai kat kedai2 tu (bhn pengawet berbahaya ni) dan jugak merokok.
Dan yang paling pelik dan ajaib dan mungkin kita xsangaka adalah stress atau tekanan juga antara faktornya. Semua aktivitas2 ni boleh menyebabkan toksin terkumpul dalam badan........

Then how to cure this? Jauhkan dari makanan fastfood, jajan, cikedies, or yg sewaktu dengnnya, pastu jeruk. kalo nak sangat mkn jeruk buat la seniri. rendam je pakai gula n garam tu. lebih sedap waatt... pastu kena lah sentiasa mengamalkan hidup sehat spt bersenam, (lamanya aku tak bersenam2 patutula muka DAHSAT amatt) mengelakkan merokok, minum ayaq bersih banyak2 bukan distilled water ye. kang mati tak cukup zat plak.


So the first thing i wanna do is slowly vanish the toxin present!! Sbb ape, sbb nak dpt kulit cantik sket cam dulu2 :) pastu nak rasa sehat, xnak sakit2 lagi, nak elak penyakit berbahaya(jangka masa panjang). How??

  1. Take a supplement that can remove the toxin - spirullina ok? he
  2. Minum air banyak2
  3. Senaman sikittt... (5-10 mins)
  4. Amalan pemakanan sehat - elak mkn megi, jgn makan mlm2, xley la makan potato chips lg huks
  5. Last but not least cuba elakkah tekanan perasaan kerana ini boleh mengundang bahaya kpd diri sendiri :)

tu je kot aku nak cuba wat masa sekarang. So kita ENJOYY!!!! (pinjam lagik, sorik ye PUTERI)



best tengok makcik ni bertapa.. Tenanggg~


i'm freeeee~
(gambar telah ditaja oleh Google)

Amalkanlah cara hidup yang sehat~

sekian

Tuesday, December 21, 2010

..Permintaan Zaman Sekarang..

.
.
Seperti suma orang tau.. zaman sekarang ni banyak sangat bezanya dengan zaman dulu kala.. Dari pelbagai segi lah kiranya. Dari tahunnya, trendnya, akhlak generasinya, teknologinya, taraf pendidikannya dan berbagai2 nya lagilah kan.

Sebenarnya apa yang saya nak ketengahkan di sini dari satu segi ja. Iaitu perhubungan laki dan perempuan.. Kalo nak dibandingkan zaman aku sekolah dulu dengan zaman persekolahan adik2 aku or budak2 zaman sekarang ni, memang adala bezanya. Memandangkan aku dulu sekolah ada title agama so cara pergaulan laki perempuan ni adala beza sikit dari sekolah harian biasa. Namun begitu, aku masiih percaya yang zaman sekolah harian biasa dulu2 pun masih ada bezanya dengan zaman sekarang ni. Kalo dulu nih susah la nak dengaq couple2 nih, kalo nak gosip2 cita pasal boypren ka girlfren ka alaaa maluuu amat. Kalo buleh tu nak rahsiakan bia suma orang tak tau. Tapi kalo sekarang ni... Perkara couple2 ni dah jadi satu kebiasaan bagi golongan2 remaja2 sekarang.

Kalo cerita dulu2 punya cara ngorat plak forsure la lain sangat. time dulu2 kalo bkenan sangat kat sorang2 tu dan nak berkenalan la kan.. style antaq surat bawah meja nuh. tak pun selit surat kat mana2, kat buku ka letak dalam beg ka kn? Slalunya golongan2 elit (femes2) ja la yg dapat undangan dari surat misteri nih. Kalo perempuan tu aku taulah. Siap letak bedak wangi lagi. Konon bila si lelaki tu bukak surat dia tulis tu keluaq bau wangi, then si lelakinye sangkut ngn pompuan tu la kot kan~ hiii.. Bila tepikir balik zaman2 tu, teringat aku dulu2, tingin la jugak nak rasa tegejut teruja dapat surat ke cekelet ke kan.. tapi apakan daya diri tak sepemes mana.... huk2. Hak tuih!! /wahaha so tak dela kenangan zaman2 tu cume pengalaman tengok orang dapat adala. Tapi waktu sekarang nih, budak2 nye pakai hp... wooohh canggeh.. text, mms, video call pun boleh.. siap dengan YM, FB segala.. itulah zaman sekarang kan.. very2 uptodate.

Tapi bila umor aku dah menginjak 20-an ni... teringin pulak nak cintan2 kan.. gatal jugak aku nih /hihi tengok orang len sekarang ni sumenye ada cinta hati masing2, asal bukak facebook je 'in a relationship'. Asal bukak facebook je primary photonye mesti bedue. Habeh aku? bilenye?? ape kenenye aku nih ye?? huhuhuhu~ /sweat Ayat nak sdey. Tapi tu ar tengok orang lain bahagia aku pun nak jugak rasa bahagia.. alaa besnyee.. (hehe guraw2 jela). tapi kalo ikut umor aku nih.. dah tak sempat nak cari2 boyfren lagi.. tunggu dan lihat jala.. usha2 kat tepi2 jalan jala. kot2 ada jumpak lelaki pakai name tag 'jodoh awak' ke kan. nak usaha cara lain dah susah kot... masa pun ada sipi2 ja. huhuhuuk2 /floor

Tak apalah.. walaupun aku rase sikit malu buat post nih, hih2 /dignose aku nak jugak luah rasa hati. Tipulah aku langsung tak pernah terfikir untuk itu. Aku pun manusia lemah. Apa pun sapa yang senasib dengan aku nih, Tuhan mesti ada perancagan yang terbaik untuk kita kan? Who knows . . /please

Sunday, April 11, 2010

..LoveQuotes..

Sejak beberapa arini.. asik feeelinggs je. tmbh2 xdak keja kan.. weekend lak tu. Minda ku terpaksa melayang~~

Ni ada beberapa quotes yg ak petik dr internet untuk tatapan semue.. Let share ur love here!

Jeff Zinnert
♥ Love is something eternal; the aspect may change, but not the essence.


Antoine de Saint-Exupery
♥ True love begins when nothing is looked for in return.


William Butler Yeats
♥ True love is a discipline in which each divines the secret self of the other and refuses to believe in the mere daily self.


Marcel Proust
♥ Love is space and time measured by the heart.


Charlotte Elizabeth Aisse
♥ I could never love where I could not respect.


Anonymous
♥ Sometimes we let affection, go unspoken,
Sometimes we let our love go unexpressed,
Sometimes we can't find words to tell our feelings,
Especially towards those we love the best.


Voltaire
♥ Love has features which pierce all hearts, he wears a bandage which conceals the faults of those beloved. He has wings, he comes quickly and flies away the same.


William Shakespeare
♥ Love is a smoke made with the fume of sighs.
Being purged, a fire sparkling in lovers' eyes.
Being vexed, a sea nourished with lovers' tears.
What is it else?
A madness most discreet,
a choking gall and a preserving sweet.


From the movie 'Moulin Rouge'
♥ Love is a many splendid thing. Love lifts us up where we belong. All you need is love!


Bryce Courtney
♥ Love is energy: it can neither be created nor destroyed. It just is and always will be, giving meaning to life and direction to goodness... Love will never die.


Charles Stanley
♥ Romantic love reaches out in little ways, showing attention and admiration. Romantic love remembers what pleases a woman, what excites her, and what surprises her. Its actions whisper: you are the most special person in my life.


Thomas Trahern
♥ Love is the true means by which the world is enjoyed: our love to others, and others' love to us.


Honore de Balzac
♥ True love is eternal, infinite, and always like itself. It is equal and pure, without violent demonstrations; it is seen with white hairs and is always young in the heart.


Pierre Teilhard de Chardin
♥ Love alone is capable of uniting living beings in such a way as to complete and fulfill them, for it alone takes them and joins them by what is deepest in themselves.


Lao Tzu
♥ Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.


Sir Arthur Wing Pinero
♥ Those who love deeply never grow old; they may die of old age, but they die young.


Leo Tolstoy
♥ When you love someone, you love the whole person, just as he or she is, and not as you would like them to be.


William Shakespeare
♥ Love looks not with eyes, but with the mind.

Sunday, March 28, 2010

..Missing..

Have u ever missed someone? or missed ur things. definitely rite.. :) This is a quotes that i get from a blogger.. lets hav a loOk n think bout it..

So the touching2.. auu.. hehe. hmm btul jugak apa menda ni ckp ni.. keep thinking..

Wednesday, April 15, 2009

..WaHai MusLimaH.. renung2KanlaH..

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...


Dipetik dari
saiful_ilham. (February, 2009). Beritahu Pada Muslimah. Diperoleh pada April 15, 2009 daripada http://www.iluvislam.com

Tuesday, March 31, 2009

..PeRemPuan plak..

Setelah bukak cerita sal lelaki.. ni cerita ttg perempuan @lias wanita..

Perasaan wanita sensitif. Dia juga sedar bahawa dia kaum yang lemah, (lemah dia cakap??hu) menyebabkan dia lebih mudah tersinggung bila lelaki yang dia kasihi tidak berada disebelahnya menyokong dan memberi semangat untuk meninggikan martabat dirinya. Dia akan marah bila lelaki yang diharapkan akan menyokongnya menyalahkan dirinya pula. Itulah bentuk jiwa wanita, yang mendambakan kebijaksanaan lelaki untuk memahami dirinya.

Apa Yang Wanita Harapkan
  • Mahu diiktiraf dan dihormati tapi lelaki selalu buat dirinya terasa tidak diadili dan dibiarkan.
  • Mahu dihormati dan diingati tapi lelaki selalu buat dia rasa dilalaikan dan tidak dipentingkan.
  • Mahu lelaki faham mengapa dia marah dan yakinkan dirinya bahawa dia masih dicintai walaupun dia tidak sempurna tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat.
  • Mahu difahami dan dihormati tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak didengari dan ditekan.
  • Mahu lelaki ambil berat terhadap perasaannya dan hargai keperluannya untuk dapatkan maklumat tapi lelaki buat dia rasa tidak dihormati dan dihargai. Mahu rasa yakin bahawa lelaki mendengar dan ambil berat tapi lelaki buat dia rasa tidak dipedulikan dan diadili pula.
  • Mahu dianggap betul dan difahami tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak disokong, tidak dicintai dan kecewa. Mahu dihormati dan dinilaikan terutama semasa berkongsi perasaannya. Tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat dan dikawal.
Allah kan dah cipta makhluk tu berpasang2an.. yg lelaki mcm ni.. yg perempuan mcm tu pulak.. saling melengkapi kn.. mungkin ni dah ditakdirkan.. Jadi kalo boleh tu terima ja lah apa adanya kan. baik lelaki mahupun perempuan...huhu

pastu ada lagik nih.. ciri2 perempuan idaman lah konon.. mari sama2 check. ada tak suma ni?? Hi2. kalo teringin nk masuk gadis Melayu tu leh la praktis2 spt yg dibawah ni.. klo xnak msuk boleh la wat koleksi2 impian hidup anda..huhu

Ciri Gadis Melayu Menurut Islam

Orang Melayu yang beragama Islam menambah ciri-ciri antaranya taat hormat kepada suami, sabar pada kesusahan, tidak pernah menolak jima', tidak menyakiti atau memarahi suami, rindukan persetubuhan, keturunan yang baik, ada harta, cantik, taat kepada agama, menjaga kehormatan dan harta suami, datang bila suami memanggil, bangun bila suami datang dan pergi dan sebagainya.

tp ni better tuk yg dah kahwen la.. yg lum kahwin jgn disalah tafsiirrrr plak.....

Kerja-kerja menggariskan gadis ideal Melayu telah menjadikan lelaki yang ingin mencari gadis untuk dijadikan isteri pening kepala kerana gadis sebagaimana yang digariskan itu hampir mustahil ditemui. Jika berjumpa gadis yang mempunyai separuh dari ciri-ciri itu pun sudah boleh dianggap amat ideal. Lagi pun kalau menimbang dari rupa paras, maka besar kemungkinan tempang pula dari segi budi pekerti.

Akibat dari susahnya mencari gadis ideal, ramai lelaki Melayu telah mengambil jalan mudah, iaitu tidak begitu memilih gadis yang akan dikahwini. Hanya ciri-ciri penting sahaja yang diutamakan. Jika pada gadis itu terdapat ciri tambahan itu lebih baik. Maka ciri-ciri penting yang menjadi faktor penentu memilih gadis 'ideal' pada masa sekarang ialah cantik, beragama, dari keturunan yang baik, dan sesuai dari segi status, iaitu mengikut saranan Islam. Malah gadis yang beragama dan cantiklah selalunya diutamakan..

Cantik penting.....??? hmm mcm2 la org nak.. nway sbg lelaki atau perempuan sama2 la tingkatkan ciri2 kebaikan dalam diri tu kan..
hmm kalo entry yg lepas td kita tgk ciri2 lelaki kan.. ni kita tgk ciri2 perempuan plak kan.. cantiknya perempuan tu sbenarnya kat mana..???

CIRI TUBUH WANITA YANG BAIK
(tp ni hanya berdasarkan firasat Bangsa Melayu.. mungkin ni lah kriteria yg org Melayu dulu2 nak dan mungkin juga persepsi bagi sesetengah bangsa Melayu kat Malaysia skarang nih..)

Ada wanita yang walaupun mempunyai kelemahan-kelemahan, tapi tergolong kepada wanita yang baik sifatnya dan boleh dijadikan isteri kerana sifat penyabarnya, sopan santun, pemaaf, sihat, subur, rajin, sanggup bersusah payah atau setia.

ni adalah list bg Sifat2 wanita berkenaan:

Kulitnya samada putih kuning atau sawo matang atau hitam manis; kepalanya besar atau sederhana; dahinya luas atau sederhana dan berkerut; matanya jarang berkerdip atau mata seperti kanak-kanak atau mata selalu dikerdipkan; (konpius yg mna satu nih? suma lah ye.. hu)

hidungnya sederhana saiz dan bentuknya; saiz mulutnya kecil atau sederhana; bibirnya merah atau merah keputihan; giginya sederhana saiznya dan tersusun rapat; suaranya nyaring atau merdu; telinganya besar atau sederhana;

mukanya bujur; tapak tangannya lembut; jarinya sederhana atau panjang; betisnya bunting padi atau sederhana, tumitnya besar; langkahnya panjang dan teratur; lidahnya panjang; punggungnya lembut; dagu, bahu, belakang, leher, dada, lengan, perut dan kaki semuanya sederhana bentuk dan saiznya.

tp sbenarnya kalo ciri tubuh wanita yg baik tu ialah sederhanan sumanya.. xkira bentuk mahupun saiz.. ni mnunjukkan ksederhanaan tgkah laku dia.. kalo melebih2 dr biasa mungkin menandakan sifatnya yg juga berlebih2 @ kurang baik la..

suma ni adalah spt yg dikasi tahu oleh petikan ni. siapa penulis? xtahu.. xsempat wat rujukan.. so xletak la citation.. ni pun org yg bagi.. maka kesahihannya juga diragui.. apapun renungkanlah wahai wanita.. Banyak jugak ciri2 yang perlu dibaiki nih....



..LeLaKi dan...

LeLaKi... Apa yg diorang nak..

  • Lelaki lebih suka memilih pasangan yang jauh lebih muda dari umur mereka dan jika boleh wanita itu tidak pernah mempunyai teman lelaki dan bergaul dengan lelaki.
  • Lelaki mula tidak suka pada wanita yang bebas pergaulannya, lebih mementingkan anak dari suami, tidak berminat dalam hal seks, terlalu dingin atau agresif, mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi dari lelaki, suka berleter dan terlalu emosional, tidak memberikan perhatian kepada mereka.
  • Lelaki suka memilih wanita yang sentiasa nampak kemas, bersih dan cantik untuk menjadi teman hidup. Wanita yang suka berjenaka dan boleh bergurau, merasa gembira apabila bersama dan menyenangkan, seksi, mementingkan perhubungannya bersama lelaki itu, menyanjung tinggi teman lelakinya, bersikap terbuka dan boleh berbicara mengenai semua perkara, punya sifat keibuan dan lelaki tidak merasa bimbang ketika pergi bekerja, dan menganggap bahawa lelaki itu penting dalam kehidupan di dunia ini.
Haa.. ni lah antara2 maklumat yg aku dapat dr teman chat aku.. xtau la betul ka tak.. sapa2 yg nk bg komen ttg hal ni.. silakan2.. Ta'al22 komen anda amat diperluKaN.. :)

tp sblum tu nk tmbh lg cita ttg lelaki ni.. ni berdasarka penampilan @ warna baju depa.. tgk ni..

1. Putih
Melambangkan kesucian dan dan kesegaran. Ia simbol seseorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia adalah ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan profesional.

2. Merah
Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan tenaga seksual, juga kemarahan.

3. Jingga (piNk kot.. kan?)
Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia juga melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

4. Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah lambang kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal dan daya mental. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

5. Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan pencarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia dianggap warn

6. Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu.

7. Unggu
Ini adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

8. Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga meambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

9. Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan punya prospek masa depan. Jika mahu banyak wang ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

10. Warna campurna
Jika lelaki itu memakai warna campuran, maka perhatikanlah warna-warna itu dan buat interpretasi berdasarkan warna-warna asasnya.

wes.. klo korang nk Bf xpun suami korang kaya.. mintak la dia rjin pkai baju coklat konpem Kaye!! hih22
tapi kalo nk suma sifat tu, kasi je hadiah baju warna campuran tu.. forsure suma menjadi..
Benarkah?? Alangkah mudah mendidik kan kalau sifat manusia tu hanya ditentukan dengan warna baju.. (~_^)