My Blog Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

..PeRemPuan plak..

Setelah bukak cerita sal lelaki.. ni cerita ttg perempuan @lias wanita..

Perasaan wanita sensitif. Dia juga sedar bahawa dia kaum yang lemah, (lemah dia cakap??hu) menyebabkan dia lebih mudah tersinggung bila lelaki yang dia kasihi tidak berada disebelahnya menyokong dan memberi semangat untuk meninggikan martabat dirinya. Dia akan marah bila lelaki yang diharapkan akan menyokongnya menyalahkan dirinya pula. Itulah bentuk jiwa wanita, yang mendambakan kebijaksanaan lelaki untuk memahami dirinya.

Apa Yang Wanita Harapkan
  • Mahu diiktiraf dan dihormati tapi lelaki selalu buat dirinya terasa tidak diadili dan dibiarkan.
  • Mahu dihormati dan diingati tapi lelaki selalu buat dia rasa dilalaikan dan tidak dipentingkan.
  • Mahu lelaki faham mengapa dia marah dan yakinkan dirinya bahawa dia masih dicintai walaupun dia tidak sempurna tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat.
  • Mahu difahami dan dihormati tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak didengari dan ditekan.
  • Mahu lelaki ambil berat terhadap perasaannya dan hargai keperluannya untuk dapatkan maklumat tapi lelaki buat dia rasa tidak dihormati dan dihargai. Mahu rasa yakin bahawa lelaki mendengar dan ambil berat tapi lelaki buat dia rasa tidak dipedulikan dan diadili pula.
  • Mahu dianggap betul dan difahami tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak disokong, tidak dicintai dan kecewa. Mahu dihormati dan dinilaikan terutama semasa berkongsi perasaannya. Tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat dan dikawal.
Allah kan dah cipta makhluk tu berpasang2an.. yg lelaki mcm ni.. yg perempuan mcm tu pulak.. saling melengkapi kn.. mungkin ni dah ditakdirkan.. Jadi kalo boleh tu terima ja lah apa adanya kan. baik lelaki mahupun perempuan...huhu

pastu ada lagik nih.. ciri2 perempuan idaman lah konon.. mari sama2 check. ada tak suma ni?? Hi2. kalo teringin nk masuk gadis Melayu tu leh la praktis2 spt yg dibawah ni.. klo xnak msuk boleh la wat koleksi2 impian hidup anda..huhu

Ciri Gadis Melayu Menurut Islam

Orang Melayu yang beragama Islam menambah ciri-ciri antaranya taat hormat kepada suami, sabar pada kesusahan, tidak pernah menolak jima', tidak menyakiti atau memarahi suami, rindukan persetubuhan, keturunan yang baik, ada harta, cantik, taat kepada agama, menjaga kehormatan dan harta suami, datang bila suami memanggil, bangun bila suami datang dan pergi dan sebagainya.

tp ni better tuk yg dah kahwen la.. yg lum kahwin jgn disalah tafsiirrrr plak.....

Kerja-kerja menggariskan gadis ideal Melayu telah menjadikan lelaki yang ingin mencari gadis untuk dijadikan isteri pening kepala kerana gadis sebagaimana yang digariskan itu hampir mustahil ditemui. Jika berjumpa gadis yang mempunyai separuh dari ciri-ciri itu pun sudah boleh dianggap amat ideal. Lagi pun kalau menimbang dari rupa paras, maka besar kemungkinan tempang pula dari segi budi pekerti.

Akibat dari susahnya mencari gadis ideal, ramai lelaki Melayu telah mengambil jalan mudah, iaitu tidak begitu memilih gadis yang akan dikahwini. Hanya ciri-ciri penting sahaja yang diutamakan. Jika pada gadis itu terdapat ciri tambahan itu lebih baik. Maka ciri-ciri penting yang menjadi faktor penentu memilih gadis 'ideal' pada masa sekarang ialah cantik, beragama, dari keturunan yang baik, dan sesuai dari segi status, iaitu mengikut saranan Islam. Malah gadis yang beragama dan cantiklah selalunya diutamakan..

Cantik penting.....??? hmm mcm2 la org nak.. nway sbg lelaki atau perempuan sama2 la tingkatkan ciri2 kebaikan dalam diri tu kan..
hmm kalo entry yg lepas td kita tgk ciri2 lelaki kan.. ni kita tgk ciri2 perempuan plak kan.. cantiknya perempuan tu sbenarnya kat mana..???

CIRI TUBUH WANITA YANG BAIK
(tp ni hanya berdasarkan firasat Bangsa Melayu.. mungkin ni lah kriteria yg org Melayu dulu2 nak dan mungkin juga persepsi bagi sesetengah bangsa Melayu kat Malaysia skarang nih..)

Ada wanita yang walaupun mempunyai kelemahan-kelemahan, tapi tergolong kepada wanita yang baik sifatnya dan boleh dijadikan isteri kerana sifat penyabarnya, sopan santun, pemaaf, sihat, subur, rajin, sanggup bersusah payah atau setia.

ni adalah list bg Sifat2 wanita berkenaan:

Kulitnya samada putih kuning atau sawo matang atau hitam manis; kepalanya besar atau sederhana; dahinya luas atau sederhana dan berkerut; matanya jarang berkerdip atau mata seperti kanak-kanak atau mata selalu dikerdipkan; (konpius yg mna satu nih? suma lah ye.. hu)

hidungnya sederhana saiz dan bentuknya; saiz mulutnya kecil atau sederhana; bibirnya merah atau merah keputihan; giginya sederhana saiznya dan tersusun rapat; suaranya nyaring atau merdu; telinganya besar atau sederhana;

mukanya bujur; tapak tangannya lembut; jarinya sederhana atau panjang; betisnya bunting padi atau sederhana, tumitnya besar; langkahnya panjang dan teratur; lidahnya panjang; punggungnya lembut; dagu, bahu, belakang, leher, dada, lengan, perut dan kaki semuanya sederhana bentuk dan saiznya.

tp sbenarnya kalo ciri tubuh wanita yg baik tu ialah sederhanan sumanya.. xkira bentuk mahupun saiz.. ni mnunjukkan ksederhanaan tgkah laku dia.. kalo melebih2 dr biasa mungkin menandakan sifatnya yg juga berlebih2 @ kurang baik la..

suma ni adalah spt yg dikasi tahu oleh petikan ni. siapa penulis? xtahu.. xsempat wat rujukan.. so xletak la citation.. ni pun org yg bagi.. maka kesahihannya juga diragui.. apapun renungkanlah wahai wanita.. Banyak jugak ciri2 yang perlu dibaiki nih....



2 comments:

Anonymous said...

memang susah nak paham lelaki n lelaki pun cam payah nak paham pompuan..so sad..so, ape jln tebaek tuk keduanya?saling melengkapi?huh!dah bosan ayat tu..can u give some idea plz~~

AsYikHiNz said...

-baru perasan comment ni...
humm idea ek.. boleh la kalo idea tu.. hu2..
hmm.. mmg slalu camtu kan.. laki ssh nk fhm pompuan dan jgk sbaliknya.. klo ikut firasat sy.. kalo boleh trima jala kelemahan n kelebihan sorang2 tu.. mgkin susah tu..sbb kita nk suma yg baik, tp bukan suma yg kita nak akan dpt kan.. Jd.. nk bg jln terbaik tu ssh la,sy pun xarif.. at least lah kan.. kita cuba fhm org lain, spt yg kita nk org fhm kita.. mungkin membantu.. mgkin dgn cara tu org lain akn cuba faham kita..
nway btul ke suma benda org org xfhm kita.. xpun kta yg xcuba memahami mereka. @ mungkin masing2 sdang cuba tuk saling memahami ke.. kan. it takes tym.. (byk pulak kemungkinan..ngee~)

tu je la pendapat eden... hrap ia membantu.. kalo xmembantu maaf la..
heeee